Pages

Thursday, October 25, 2012

meriah. pertama kali di perantauan

بسم الله الرحمن الرحيم

Salaam a'laik.
Pertama kali pulang ke rumah dari tempat yang jauh. Baru sampai pagi tadi dalam pukul 9++ pagi. malam tadi bertolak dalam pukul 11.30 malam gitu. pukul 4 pagi, tayar bas pancit pula. Memang takut lah time tu. Tapi relax je. Allah ma'na. :)

Pertama kali, eidul adha terasa meriah. Dulu, biasa sahaja. Raya eidul fitri lebih la meriah. Mungkin, kali ni kami jauh dari family. Masing-masing punyai feel nak pulang ke kampung yang sangat tinggi. Sampai menangis pun ada. :)

Kali ini terasa lebih meriah. Bertemu dengan umi dan ayah bila dah sampai di stesen bas kajang, dapat tahu mereka berpuasa sunat. :) Buka TV al-hijrah lepas maghrib tadi, ada cerita pasal peristiwa yang famous di dalam bulan zulhijjah itu sendiri. Erti pengorbanan. Sejak ada channel al-hijrah ni, macam2 informasi kita dapat tau. Seronok. So, eid adha di Malaysia juga hidup kan..? :)

Perlis. Kami dikelilingi sawah padi. Seriously, sawah kiri kanan depan belakang (hiperbola). Lain sekali dengan selangor. Shopping kompleks yang gempak macam jusco even tesco pun xda. haha. Memang cepat bosan tapi bagus la juga. Tak de lah habis duit ke barang2 mahal. Lagipun, baju2 kat perlis ni banyak yang murah! Tapi kene pandai cari laa.

Nak tengok suasana perlis?
Gambar sawah je la. nanti saya try tangkap gambar lain pula. lepas cuti ni la insyaAllah. :)



Cantikkan? Waktu pagi, memang sejuk. Alhamdulillah, sekarang dah sampai rumah. Tanggungjawab di sini harus dilaksakanlah. Nanti akan ke perlis semula. Bilalah dapat balik lagi. Mudah-mudahan Allah permudah segala urusan.

Salam eidul adha.
(mood : mengantuk. sebab tu tak banyak membebel. :P)

No comments:

Post a Comment