Pages

Saturday, November 3, 2012

kerana berbeza wasilah, kau menjauh.



يسم الله الرحمن الرحيم 
sekadar perkongsian dari diriku, buat dirimu. :)


Semakin hari, kita semakin membesar. Saya, kamu dan sesiapa saja, bila diizinkan Allah, kita akan terus membesar. Pemikiran terus berkembang. Kadang-kadang masing-masing perasan matang. Wasilah. Satu jalan untuk mencapai apa yang kita hajati. Contoh, untuk mencapai cita-cita sebagai seorang jurutera, kita perlu mendapatkan segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan. Perlu berada dalam kos kejuruteraan. Perlu mempelajari ilmu kejuruteraan. Setelah itu kita akan berjaya menjadi seorang jurutera. Tidak mungkin seorang graduan dalam bidang jurutera akan menjadi seorang doktor gigi. Jadi, wasilahnya = bidang kejuruteraan. 

Al-Wasilah secara etimologi (bahasa) adalah segala hal yang dapat menyampaikan serta dapat mendekatkan kepada sesuatu. Bentuk jamaknya adalah wasaa-il. 

Wasilah secara terminologi (syar’i) adalah yang diperintahkan didalam Al-Qur’an adalah segala hal yang dapat mendekatkan diri kepada Allah yaitu berupa amal ketaatan yang disyariatkan. Allah berfirman:

Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan” 
(QS Al-Maa-idah: 35)

Saya yakin ramai di antara kita yang sudah sedia maklum bahawa dalam islam sendiri terdapat banyak wasilah. Macam-macam. Ada yang menggunakan pendekatan ibadah dan dakwah sahaja untuk menyebarkan pemikirian islam kepada masyarakat, ada yang berbentuk program, ada yang.. macam-macam. Salahkah wasilah yang berbagai? Tidak. Siapa kata salah? Sedangkan dalam islam ada 4 mazhab. Tetapi semuanya boleh diguna pakai berlandaskan ilmu bukan nafsu semata-mata. Asalkan wasilah itu betul dan menepati al-Quran dan hadith, tujuannya untuk menegakkan syiar Islam, silakan. 

Tetapi, apa yang menyedihkan pada hari ini, wasilah boleh menjadi penyebab kepada keruntuhan kesatuan hati dalam kalangan umat islam itu sendiri. Perlukah bermasam muka jika kita tidak menggunakan pendekatan yang sama dalam menyebarkan dakwah? Perlukah menjauhkan diri dan saling mengutuk apabila berlainan wasilah? 

[credit to google.com]

Wahai anda yang mengaku diri daei. Yang mengaku diri kacak lagi bergaya imannya. Bergayakah kita jika kitalah punca kepada perpecahan ummat sendiri?! Jawab. Tolong jawab. 

Saya pernah terbaca satu conversation antara dua orang sahabat. Yang dulunya mengaku sahabat. Hanya kerana berbeza wasilah, salah seorang dari mereka menjauhkan diri. Bukan sekadar itu, sanggup melukakan hati sahabatnya kerana berlainan wasilah. Sanggup berkasar bahasa kerana berlainan wasilah. Apakah semua ini? Semak semula diri kita. Adakah kita juga tergolong dalam golongan pemusnah ukhuwah? 

Abu Bakar dan Umar merupakan dua insan yang berbeza. Mempunyai karakter yang berbeza. Tetapi kedua-duanya masih menjadi sahabat nabi sampai syurga. Abu Bakar lembut orangnya. Manakala Umar sangat tegas. Kedua-duanya tergolong dalam golonga khulafa' ar-rasyidin. Mereka berdua dijanjikan syurga. Cara mereka berbeza, tapi tujuan mereka satu. Tiada sikap saling menjatuhkan, tiada sikap saling bermusuhan antara abu Bakar dan Umar. No problem at all. 

Dalam peperangan, ada posisi tentera berkuda. Pastinya, tentera berkuda mahir berkuda. Ada juga posisi tentera berjalan kaki. Ada tentera menggunakan busur dan anak panah. Ada yang menggunakan pedang. Cara mereka berbeza, kemahiran berbeza, tapi sudah tentu, hala tuju mereka sama. Bayangkan dalam peperagan cuma ada tentera menggunakan busur dan anak panah. Kemungkinan untuk kalah pasti tinggi berbanding pasukan yang mempunyai berbagai tentera yang mempunyai kemahiran yang berbaza-beza bukan? 

Cantikkan perbezaan? Kerana perbezaan itu akan membantu kita untuk saling lengkap-melengkapi. Inilah tujuan perbezaan. Ia bukan bertujuan untuk saling menjatuhkan antara satu sama lain. 

Jangan kau jauhkan diri kerana perbezaan kita. Hakikatnya, tujuan kita sama. Kita saudara.


Sekian.

2 comments:

  1. Cara kita memang berbeza dan semua manusia tidak akan boleh menerima satu cara sahaja. Jika anda yakin dan selesa dengan cara anda, teruskan kerana jika kita sama-sama benar maka kita akan berjumpa di era kerajaan islam. Pada ketika itu, kesemua kumpulan gerakan islam akan bergerak di bawah satu pimpinan.

    Jangan risau jika mereka dan anda berbeza.

    ReplyDelete