Pages

Friday, December 7, 2012

Akibat Seronok Makan Sosej Bakar



يسم الله الرحمن الرحيم 
sekadar perkongsian dari diriku, buat dirimu. :)


Saban hari kita disibukkan dengan urusan dunia. Kadang-kadang secara tak sengaja tercicir urusan dengan Dia. 

QS : 9:38. Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.

Allah, betapa teruknya penilaian kami. Perkara yang jelas pun kami terlepas pandang. Dunia ibarat tempat menuai yang mana hasilnya kita akan peroleh di akhirat kelak. Tapi kami masih lagi tidak berbuat apa-apa untuk persediaan ke sana. Allahu Allah.

Sedikit perkongsian. Walaupun perkara ini akan membuatkan beberapa pihak marah terutama sekali parents dan family saya, saya anggap ini satu pengajaran dan saya akan cuba untuk tidak ulangi lagi perkara ini. :) [maaf umi, ayah. :P]

Kisah bermula bila saya dan seorang sahabat yang comel pergi makan petang di gerai luar kawasan kolej kediaman. Tidak jauh mana. Selesai makan, kami singgah beli sosej bakar di gerai berdekatan pagar kawasan kolej. 



Seterusnya pergi beli air teh ais untuk housemate di cafe dalam kolej kediaman. Next destination, ke surau muslimat b9 kerana sahabat yang comel itu nak ambil barang-barang dia waktu kami study tengahari tadi (habit study di surau memang tak boleh tinggal sejak matrik). Sambil menunggu, saya dengan senang hatinya makan sosej bakar yang panas lagi sedap tu. wah~ nikmat. Next destination, balik rumah. Dah nak dekat maghrib time tu, jadi siap-siap nak ke surau. Dah nak keluar dah ni, tiba-tiba..

"Eh, mana dompet aku?"

Saya mula tercari-cari.

"Kau letak kat mana Qilah?"

"Aku.. Aku.. Eh, kenapa tak ingat ni?"

"Aku rasa masa kau masuk rumah tadi, kau tak pegang dompet lah."

"ya ka? Awat aku rasa macam.. Allah. Tak pa, aku p solat dulu kat surau. Pastu aku p cari kat luar. Mana tau tercicir ka. Doakan lah."

Maka mulalah misi mencari dompet yang hilang tu. Merata mencari tapi tak jumpa. Dalam hati memang takut. Ye lah, ada I/C, lesen dan sebagainya yang patut ada dalam dompet. Alhamdulillah xda duit dalam tu. Syiling ja. (ok, nampak tak ke-pokai-an disitu?) Balik rumah dalam keadaan cuba-untuk-tenang. Bisikkan dalam hati, Allah jaga tu. Bak kata housemate, "yakin Allah jaga dompet hang". Ok, try untuk relax.


Esok pagi agak tak da mood nak pergi kuliah. Tiba-tiba terlewat turun dan rasa macam terlepas bas. Baru  nak pinjam motor kawan tapi, teringat sesuatu. Lesen ada dalam dompet. Allah. Tapi Alhamdulillah, ada la bas tu. So, pergi kuliah macam biasa. Tengahari balik ke rumah dan memang tak ada mood langsung nak banyak bicara.


Hanya sejadah dan air mata menjadi peneman setia. Biasanya macam nilah kita. Bila kesempitan baru nak menangis kan? Baru nak cakap :


"Ya Allah, tolong lah aku. Kesiankan aku. Kali ni je. Please, kali ni je..."

Padahal berkali-kali dah. Setiap masa pun Allah yang bantu kita. Bayangkan jika Allah "lepas" kan kita, jawabnya huru-hara.


Lepas menangis bagai nak rak seorang diri di surau tu,sekali lagi, pergi mencari. Kali ni tekad kalau tiada di pejabat kolej kediaman, nak report polis.  

Dalam hati, memang doa je lah banyak-banyak. Jarang sekali hilang dompet. Allahu Allah. Sampai di pejabat, ok, tak da benda tu. Mula lah berjalan ke arah pondok pengawal. Tengah-tengah isi borang kehilangan barang tu, tiba-tiba nama di-announce.


Senyum sampai ke telinga. :)


Laju je jalan ke pejabat kolej kediaman. Sampai je, ada sorang akak tu tengah duduk. Dia la yang tolong bawa dompet tu ke pejabat. katanya jumpa dekat barang-barang game basket semalamnya. Oh, baru ingat, time makan sosej tu saya duduk kat sebelah barang-barang tu(adoila). Reflect action, terus salam dan peluk akak tu. Rasa macam nak lompat ja tapi, agak-agak la kan nak lompat depan kerani pejabat tu. heh.


Selalu macam ni lah. Bila dah menangis teruk-teruk, mengadu pada Dia, lepas tu mesti jumpa. ^^ Allah rindu nak dengar kita meluah lah tu.


Pergantungan pada Allah. Thats the point. Bila keyakinan itu diletakkan 100% pada Dia, pasti akan ada jalan keluar. yang penting, YAKIN. :)


Tapi seriously, sosej bakar tu memang sedap. Mungkin sebab makan dengan penuh nikmat, boleh tertinggal dompet. (ok tak lawak).



Sekian. :)


5 comments:

  1. alhamdulillah jumpe..
    oky x lawak..rindu nak dgar ayat tu..

    ReplyDelete
  2. :) ayat ida la tu. ana cilok. rindu nk dgr ida sebut "stop it wahidah". ha3. :P

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah jumpe....
    rindu nak tengok kak long gelabah...
    hehehe...
    rindu semua... npe post& comment trademark masing2 ni???
    rindu nk dgr...
    paling obvious ieda laaa..."stop it wahidah"...

    ReplyDelete
  4. haha.. adila lak tredemark dy..?
    "adila comel"
    tak pun
    ape ea prog kita tu? "ustazah pilihan?"
    "solehah" ke ape?
    haha. short term memory.
    pakai flash memory, kene upgrade jd RAM memory la plak. haha.

    ReplyDelete
  5. stop it wahidah..
    adkah itu ayt common lagi untuk driku.. people juz change by time.. hihi
    ap pon, itu motivasi terbaik untuk dri sendri.. huhu
    dila..solehah ang x lari mana pon..dok situ gak..hahaha

    ReplyDelete