Pages

Saturday, January 19, 2013

Deritamu, deritaku.



يسم الله الرحمن الرحيم 
sekadar perkongsian dari diriku, buat dirimu. :)

Salaam 'alaik.
Tiada kesakitan melainkan dari Allah. Tiada kesembuhan melainkan dari Allah jua. 

Kami diuji dengan kesakitan sahabat kami. Tapi tidak bermakna kerja-kerja kami terhenti. Ya, kami bersedih kerana sahabat kami sedang berada di dalam kesakitan. Kami bersedih kerana sahabat kami sedang menanggung derita. Tapi kami yakin,

"Allah tidak akan membebani hambaNya dengan sesuatu yg hamba-Nya tidak mampu"

Malam semalam, saya tidak berapa ada mood untuk tidur. Tambah pula ada beberapa persoalan yang masih belum terungkai solusi ketika itu. Kami digemparkan dengan kondisi sahabat kami yang dimasukkan semula ke wad icu petang semalam. Dia tidak sedarkan diri. Ya, saya tersentap, gelisah dan pelbagai perasaan lagi menyelubungi hati. Maka malam tadi, setelah bertemu solusi dengan bantuan Allah dan seorang sahabat, saya cuba untuk tidur. 

Paginya, saya bangun dalam keadaan mengejut. Entah kenapa. Bermimpikah? Tak tahu. Tak ingat apa-apa. Kepala terasa berat dan sakit. Selesai solat, terdapat dua mesej di dalam inbox phone. Allah. Dia sedang nazak. Terasa hati disambar panahan petir. Terkedu. Terdiam. Lemah. 

Umi dan ayah sedar akan kebimbangan dan kesedihan itu. Lalu mengajak untuk membawa saya ke melaka, hospital tempat dia dirawat. 

Sampai di hospital, saya agak mengelabah. tercari-cari dimana ibu sahabat itu. Ayah sedar akan kegelisahan itu dan menegur.

"Uyu, relax. Jangan panic."

"Em.. Baik ayah.."

Ok, cuba untuk tenang. Sampai di wad icu, saya minta kebenaran untuk masuk melawat sahabat itu. Tapi dihalang. Doktor sedang mencuba sehabis boleh untuk mengawal keadaan. Namun, Allah jua yang maha mengawal keadaan. 

Saya berjumpa dengan ibu kepada sahabat itu. Dia menangis melihat saya. Saya sebak tapi tahan sajalah kesedihan itu. Takkan nak nangis kot. Hilang macho. heh. Tapi, saya sangat kurang bicara. Tak seperti diri saya yang sebenar. Saya banyak mendengar dari bercakap. Ibunya kata, 

"Dia sudah redha dengan apa yang bakal berlaku. Dia dah minta izin dari makcik dan pakcik untuk pergi dulu,"

Allah. Hebat iman mereka. 

Sekali lagi, saya cuba untuk masuk. Merayu kepada pengawal agar diberi kelonggaran kepada saya. Berkat muka seposen dan bantuan Allah, dapat juga masuk.

"Adik, dia di katil tu. Tengok dari luar saja lah ya. Doktor tengah buat kerja."

"Terima kasih kak.."

Dia terbaring lemah. Tidak sedarkan diri. Bernafas melalui mesin. Allah. Saya bermonolog sendiri. Seolah-olah dia mendengar. 

"Adik, jangan lama-lama ya."

Pesan pengawal.

"Baik lah."

Saya terus menatap wajahnya melalui cermin. 

"Allah, kuatkan dia. Ampunkan dosa-dosanya. Sungguh, dia seorang sahabat yang baik.."

Umi disebelah cuba menenangkan dan memujuk saya untuk pulang. Allah. Berat kaki ini mahu melangkah. Tapi, apakan daya. 

Sebentar saja melawat dia. kami terus pulang ke selangor. Ayah dan umi ada urusan.





* * *

Wajahnya masih bermain difikiran. Keadaannya di icu tengahari tadi terbayang-bayang. Allah. Selesai membaca separuh dari surah al-kahfi, saya terdengar satu suara mengalunkan ayat-ayat suci-Nya. Kaki melangkah kearah suara itu. Lalu duduk disebelah pemilik suara. Ayah.

"Kenapa uyu?"

Saya diam seribu bahasa. 

"Meh sini."

Saya berbaring di riba ayah. Macam anak kecil. Ayah meneruskan bacaan. Saya mendengar. Sayu. Selesai ayah membaca, saya duduk bersila disebelahnya. 

"Ayah, nak pergi ambil angin."

"Pergi lah. Hati-hati"

Handphone dicapai. 

Tudung dan jaket disarung. 

Enjin dihidupkan. 

"Molek. Gear dua ketat sikit."

"Oh, ok ayah." 

'Bismillah..'

Tenang saja petang itu. Melihat anak-anak kecil bermain membuatkan hati kembali ceria. 

Budak-budak tu.. Syabab muslim tu. :)

Pusing-pusing melihat gelagat manusia memang hobi saya. Tak kiralah berjalan kaki, naik kereta atau motor, telah menjadi satu hobi yang boleh menangkan jiwa selain dating dengan Dia. Bagi saya lah.

Alhamdulillah. Kembali tenang. 

'Allah, aku redha dengan segala kemungkinan. Kesakitan itu kifarah dosa-dosanya. Kerana Kau sayangkan dia.' 

*Layangkan doa buat sahabat kita, Siti Hajar binti Ahmad Sabir yang comel.*



2 comments:

  1. saya langsung xmengenali arwah, tp saya sedih. knape ye? moga arwah hajar ditempatkan di syurga Allah. al-fatihah

    ReplyDelete
  2. kerana kita saudara. dan hajar solehah.

    ReplyDelete