Pages

Monday, June 24, 2013

adek kakak, jangan takut bertudung labuh. :)

يسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum :)

Ahh! Sampai sudah di rumah. Seronok tak terkata. Dalam bas ada terjumpa sepasang suami isteri. Kategori makcik pakcik lah. Nak ke nilai jumpa anaknya katanya. Baek sungguh mereka. Siap ajak saya datang rumah mereka bila saya pulang semula ke perlis nanti. Bagi nom phone lagi tu. :) Insya-Allah ada rezeki saya datang ye makcik. Doakan! :)

Hari Jumaat yang penuh barakah, seusai menjawab paper Programming, kami pulang ke rumah. Dalam perjalanan tu, singgah kangar. Kawan nak withdraw duit. Then saya yang berada didalam kereta ketika itu, ter-usha seorang perempuan ni. 

"eh macam ku kenal. Ehhh aku kenal!! wah bagus3."

Dia dah bertudung labuh. Comel seja dia. Saya xde lah kenal sangat dia. Tapi selalu nampak lah. Dulunya biasa2 seja. Tapi sekarang suda bertudung labuh. (bahasa sabah pla yg keluar -_- haha)

Teringat pula pada kawan-kawan lama. Yang dulunya biasa2 saja tudungnya. Tapi dengan tekad dan keazaman yang tinggi, dah bertudung labuh dah mereka sekarang. Teringat juga ada antara mereka yang kata :

"aqilah, takut laa nak pakai tudung labuh"

"awat?"

"ye laa.. saye bukannye baik pun.."

Maka saya bermonolog sendiri :

macam la saya ni baik sangat je, awak. ^^"

Adik-adik, kakak-kakak, jangan takut nak bertudung labuh, sayang. xda pa aih bila pakai tudung labuh tu. Ia lebih menjaga kita sebenarnya. meh nak share kenapa saya bertudung labuh. :)


kredit : rusydeeartz.

jangan risau lah kalau orang kata:

"hang da pakai tudung labuh ni, mesti jadi baek. xleh buat jahat. jangan buat malu orang tudung labuh ni"

Jangan takut disebabkan statement macam ni. Yang bertudung labuh ni baek sangat ke? Tak lah baek sampai tak buat dosa. Cuma golongan ini adalah golongan yang mahu memperbaiki diri. Dan ternyata, tudung labuh itu memang membantu untuk memperbaiki diri. Ramai kawan-kawan yang kata pada saya :

"aqilah. saya dah tak berani sangat nak buat jahat atau nakal macam dulu. Bila nak buat nakal sikit, ternampak tudung labuh yang saya pakai, terus ingat Allah dan tak jadi nak buat nakal "

Allah. Bila hidayah Allah menyapa. Manis kan kawan-kawan? :)

Saya menggalakkan pemakaian tudung labuh. Bagi yang rasa belum mampu, tak pa, just cuba melabuhkan tudung yang sedia ada sehingga menutupi dada. :) sikit2 lama2 jadi bukit ye dok? 

Dear friends yang baru mahu bertudung labuh, moga usaha anda diredhai Allah. saya doakan ^^ 

Untuk kita yang bertudung labuh, moga terus istiqamah :)

Salam sayang buat saudari-saudari diluar sana yang bertekad untuk berubah. 

Assalamu'alaikum :)

No comments:

Post a Comment