Pages

Wednesday, June 12, 2013

Sampan Kertas

يسم الله الرحمن الرحيم 

berhabuk kan? hee
Assalamu'alaikum.

Berada dalam mood exam memang best. Bosan sangat study sampai teringat pada blog yang agak terbiar ni. Padahal ramai ja yang sudah bertanya :

"tak update blog ke?"

"der, xda cter baru ke?"

"kesian blog hang"

hee. sorry. Jujur, Kemalasan menebal. Sekarang baru nak rajen. *musim exam baru nak rajen* -_-

Through out of my life, selama dah hidup 20 tahun ni dengan izin Allah, macam-macam saya belajar. Dari ilmu remeh-temeh hingga ke ilmu orang dewasa. Dari menjadi seorang kanak-kanak yang berlari sana-sini dengan girangnya kepada seorang remaja yang banyak tanggungjawabnya. Sampaikan orang ingat saya lebih tua dari umur asal. der.. -_-

And being someone who is older than what you expect from sekolah menengah is not easy. I always missing that time when I was still a form 5 girl and duduk bawah ketiak umi ayah. *erk*

But yes, masa akan terus berjalan dan kita akan terus membesar dan meningkat umur. Tanggungjawab makin banyak dan tanda-tanda penuaan mula muncul. Mana nak lari? Tak boleh lari melainkan kita cuba untuk hadapi.

Terkadang langkah terhenti dek kerana teringatkan kisah silam dan pelakon2 nya yang diharapkan akan kembali. Kawan-kawan, sekolah, sesiapa saja. Kenapa langkah boleh terhenti? Lama sangat mengelamun dan mengharap masa dapat diputar semula. heh.

But, hey, wake-up. Your not "that" girl anymore. Pandanglah kehadapan dan hadapilah dunia realitimu yang sebenar. Medan kamu yang sebenar. Ya, kenangan semalam boleh jadi menguatkan, dan boleh jadi melemahkan. Pilihlah mana kekuatan, kutip dan simpan. Cari lah dimana kelemahan, kumpul dan buang jauh-jauh dan berjanjilah. Berjanjilah untuk tidak mengulangi perkara yang menyebabkan kau merasa lemah itu.

I always pray that Allah will show the good of my past. So that I won't regret of any single things that I ever had done before. But yes. I'm a human also. I did mistakes. I did cried for those mistakes. But Allah have told us :

"Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah – dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal"
(surah Ali ‘Imran 135-136)

Never ever do the same mistakes again. Ever. I try to promise to my self and Allah, to not to repeat the same bloody sins that I had done before. O Allah. Help me through out my days. Help me to keep me strong. Only You who can help me. No one else I can pray to and try to be close to. Only You.

Aku mendekati lautan yang luas itu.
Aku keluarkan sampan kertas yang lama ku simpan.
Perlahan-lahan ku letakkan di atas air yang tenang.
Dan perlahan-lahan aku lepaskan.
Pergilah kenangan ku.
Aku lepaskan kamu.
Allah.
Moga hidup ku lebih direhai-Mu selepas ini.

Allahumma Ameen..

Dan aku keluarkan sehelai kertas baru.
Nafas ku hela panjang.
Cukup panjang.
Bismillah.
Terukir senyuman di wajah.
Redha dan pasrah.

No comments:

Post a Comment