Pages

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan 2013 #1

يسم الله الرحمن الرحيم 


Alhamdulillah dapat lagi menulis. :)

Bersyukurlah kita kerana Allah swt masih memberi kita kesempatan untuk berada di bulan Ramadhan, bulan Rahmat. Bukan semua orang mendapat nikmat ramadhan tahun ni. Maka bersyukurlah, bersyukurlah kerana kita masih berkesempatan mentarbiyyah diri di bulan penuh barakah ini. 

Seronok bila melihat umat islam berpusu-pusu menunaikan solat terawih di masjid-masjid dan di surau-surau yang mereka pilih. Namun, hehe. malam tadi masuk malam keempat terawikh. Surau rumah saya dah tak sepenuh sebelum ini. Apakah sudah pancit? Bulan puasa ni kuatkan semangat tuan-tuan, puan-puan. Letih, mengantuk, kenyang macammana sekalipun, cuba untuk mai terawih. Sebulan sekali ja kot. Kuat sikit. Inilah masanya nak tekan nafsu kita. Tekan setekan-tekannya sampai depa tunduk dan terduduk. TRY! Jangan malas! [ untuk diri saya juga ^^" ]

[credit]

Suka untuk saya ulas sedikit berkaitan isu "tazkirah antara 4 rakaat solat terawikh dan rakaat seterusnya adalah bidaah" sebab semalam tazkirah di surau kami ada sentuh bab ni. 

Maaf jika ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya. Dalam hal ini, perlu kita lihat apakah kebaikannya jika tazkirah ini dilaksanakan. Zaman Rasulullah saw dulu, memang tak da tazkirah-tazkirah waktu tarawih bagai ni. Akan tetapi, mari kita lihat mengapa budaya kita melaksakan amalan ini? Baik, Tarawih itu sendiri membawa maksud "rehat". Solat tarawih dari segi bahasanya membawa maksud solat yang santai dan ringan. Adat kita, antara menungggu solat selepas 2 rakaat solat tarawih itu kita berselawat bukan? Zaman rasulullah takda selawat macam ni. Tapi kenapa kita buat? 

Tuan-tuan puan-puan, salahkah kita mengunakan masa senggang sebelum meneruskan solat terawih itu untuk berselawat ke atas baginda saw? Benda baik jangan larang. Orang nak selawat pun kita kata bida'ah. Sama macam tazkirah. Salahkah mengamalkan majlis ilmu yang ringkas sementara nak solat terawih untuk rakaat genap yang seterusnya? Jika anda perhatikan, waktu ramadhan ini, waktu solat terawih ini adalah waktu di mana pengujung rumah Allah lebih banyak dari bulan-bulan yang lainnya. Maka, ini adalah kesempatan yang bagus untuk memberikan kefahaman dalam agama kepada para jemaah yang hadir. At least, kita dapat ilmu baru. Tak baru pun, kita dapat refresh ilmu. 

Then why is this "tazkirah in tarawih" seems so wrong? Padahal, for me, nothing is wrong with it. Melainkan yg memberikan tazkirah itu drag masa terlalu lama untuk tazkirah. Kalau terlalu lama tu bukan tazkirah dah tu. Dah macam ceramah. Yang memberi tazkirah pun kena faham, limitation masa itu perlu ada. Cukup sekadar give a fresh reminder kepada jemaah supaya jemaah dapat menambah ilmu dalam waktu berehat tu. Kita tidak mahu terlampau drag masa tazkirah sehinggakan para jemaah jadi letih nak teruskan rakaat seterusnya. Awas. 

Maka maaf jika apa yang saya katakan ini menyebabkan beberapa pihak tidak berpuas hati. Kadang-kadang kita terlalu rigid dalam menunding jari terhadap perkara-perkara yang tidak Rasulullah amalkan. Terlalu mudah mengatakan sesuatu amalan itu bida'ah. Cubalah kita berfikir dengan ilmu. Membuat timbang tara dengan ilmu. Sebab tu kita kena belajar. Tak kiralah awak tu bidang engineering ke, medical ke, pendidikan ke, penyiaran ke, architecture ke ape lah segala bagai bidang tu, ilmu basic which is feqah, tauhid dan tasawwuf tak boleh tinggal bro. Sakit kalau tinggalkan. Jadi lah kita orang yang rigid, tak tahu di mana kelonggaran, dimana ketegasan jika kita mengabaikan ilmu-ilmu basic ni. *face palm* 

Namun. Saya hormati pandangan sesetengah pihak yang berpandangan sebaliknya dalam hal ini. Cuma, pada saya, perkara-perkara sebegini sebenarnya menyebabkan ummat menjadi celaru. Bukan semua orang belajar perkara-perkara begini tuan-tuan puan-puan. Lebih-lebih lagi nenek-nenek atok-atok. Kasihan mereka yang menjadi pening dengan fenomena yang tiba-tiba berlaku macam kenyataan "tazkirah tarawih tu tak boleh". Sedangkan dah bertahun-tahun makcik-pakcik adek-kakak-abang dan sapa-sapa ja lah, dah buat amalan ni. Maaf jika terguris atau terhiris. 

Moga kita menjadi orang yang lebih berwaspada sebelum menghukum dan menunding jari. Perkara yang wajib kita utamakan, yang baik jangan ditolak. wAllahu'alam. :)


No comments:

Post a Comment