Pages

Friday, November 22, 2013

diantara jarak kita dan dia.

يسم الله الرحمن الرحيم 


Antara jarak kita dan dia.
Tidak kita tahu apa yang berlaku disana.
Malah, kita tak kenal pun dia.
Tetapi kisah kematiannya cukup meggetarkan hati para jundi yang membacanya.
Ya.
Hanya JUNDI yang dapat rasa.
Siapa jundi ini?
jundi = pejuang. jundullah = pejuang Allah.

Sebagaimana kita didik sejak sekolah. Allah adalah tujuan kita. Rasulullah teladan kita. Al-Quran pedoman hidup kita.
Bila meningkat dewasa, kita tambah ;
Jihad adalah jalan juang kita. Mati di jalan Allah adalah cita-cita kita yang tertinggi.
Tapi, sejauh mana didikan ini kita pasakkan dalam hati?

Hati bergetar membaca kisah arwah Ahmad Ammar.
Umur sama. tapi dia lebih mulia berbanding aku.
Kita bergelak tawa di sini, anak muda ini bertarung jasad dan harta di syria.
Kau layak digelar pejuang agama, Ammar.
Tapi aku?
Heh. Baru tak dapat jawab soalan sket dah stress bagai nk gila.
Pagi tadi ayah call .
"Uyu, jgn buat style tension mcm tu. kita dah usaha, stakat mana boleh tu redha lah. kalau tak cukup usaha, tambah. jangan duk lebihkan ketakutan pada dunia berbanding akhirat. salah tu. ye tahu uyu tension. tapi beringat lah. jangan duk lebihkan sgt ketakutan pada dunia"

Jangan lebihkan ketakutan pada dunia..

Akhirat aku macamana? Ahh.

Terok jugak aku ni. Eh. Baru sedar ke?

Permainan dunia ini buat aku penatlah. 



Perlis, 22 Nov 13.


No comments:

Post a Comment