Pages

Sunday, April 13, 2014

"Biah Solehah" Aku

Assalamu'alaik.

Dah sampai perlis. Alhamdulillah. Semalam sempat la bersembang dengan seorang kawan pasal satu program yang bakal aku dan kawan-kawanku jalankan. Tapi aku tak nak sentuh sangat pasal program tu. Not feeling like to talk about it.

Aku teringat program sebelum ni. Yang jadi satu isu juga lah. Tapi tak besar mana. Sempat cover mungkin. Dan perkara tu mengingatkan aku kepada kawan-kawan sekolah lama aku sebenarnya. Sebab isu tu berkaitan dengan hukum agama. So aku teringat sekolah lama aku sebab aku sekolah agama. Nampak perkaitanya? Buat-buat nampak sudah lah. Sebab aku memang jenis yang cepat relate-kan sesuatu benda dengan benda yang lain. Walaupun kadang-kadang takda kaitan pun. lol.

Kejap. Tutup notes Computer Architecture.

Ok sambung tulis. (haha)

Aku tak tahu lah kenapa, tapi aku sendiri rasa perubahan pada diri aku sejak keluar dari bumi Hamidiah tu. Dan aku pun nampak perubahan ketara pada kawan-kawan aku. Tapi tak semua la. Perubahan yang jelas nampak pada yang tidak berada dalam suasana yang kami panggil "Biah Solehah". Termasuk aku la kot. kot-la.

USIM. UIA.
Aku rasa kamu semua yang study di dua Universiti ni memang bertuah. Sebab U tu macam destinasi kebanyakkan budak maahad lepas SPM. Seriously. Kenapa aku kata bertuah? Heh. Pastinya di sana kamu akan rasa suasana "Maahad" tu kan? Tak banyak pun sikit mesti rasa. Lebih-lebih lagi kedua-dua Universiti tu ada title "ISLAM".

Itu baru cakap pasal yang dalam Malaysia. Kalau yang overseas macam Mesir, Jordan tu jangan cakap lah betapa aku rasa kamu semua 100x lebih bertuah. Biah solehah tu memang environment kamu.

Tapi aku tidak menyesal pun kerana ditempatkan Allah disini. I mean, di dalam keadaan aku sekarang. Persekitaran aku sekarang. Banyak yang aku belajar. Daripada seorang budak yang tak bergaul sangat dengan semua lapisan masyarakat, aku mula bergaul. Sejak Matrikulasi aku belajar sedikit demi sedikit.

Dulu aku mana berani nak bercakap dengan orang yang tak dikenali. Pandang pun macam nak makan. Tapi sekarang Alhamdulillah. Aku rasa lebih mesra dengan orang disekeliling aku. Mungkin ini cara Allah tarbiyyah aku. Dia nak aku "rasa" sendiri pola sosial masyarakat secara langsung. aku masuk dalam masyarakat yang dulunya aku rasa asing sangat-sangat. Cuba memahami sesiapa yang aku dekati. Feel it as I am them. Seronok juga buat macam tu. Tapi aku tak reti nak memahami ramai orang dalam satu masa. Biasanya aku akan ambil seorang atau dua untuk aku analisa dan kenali diri dia. Tapi aku tak nafi, kadang-kadang aku hilang sabar. huhu. (sometimes aku ni teruk juga dalam bab bersabar ni)

Tapi nak kata, Biah Solehah aku, aku yang kena create. Aku yang kena usaha untuk tahan diri aku dari membelakangkan hukum Tuhan. Walaupun benda simple, tetap aku sendiri yang kena jaga. Kadang-kadang aku gagal. Tapi Tuhan itu Maha menjaga. Adakala Dia datangkan satu perasaan bersalah pada aku. Maka, bercucuranlah air mata. Mem-badut-lah hidung aku(hidung merah sebab menangis).

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka” (Surah Ar-Rad:11)



Sampai masanya aku mempertahankan akidah islamiyah aku dengan kudrat aku sendiri. Untuk membuktikan pada Tuhan, adakah benar perkataanku yang aku pernah janjikan kepadaNya.

Aku dah takda ustazah yang nak jaga aku macam ustazah Che' Ainu kat Maahad dulu-dulu. Ahh. Rindu beliau. :')

Aku dah jauh dari Afifah Md Akhir dan Atikah Syamilah yang selalu temani aku.

Tapi aku ada Tuhan. Dan Tuhan aku tak pernah tinggalkan aku. Aku yang selalu tinggalkan Dia. Kejam sungguh aku.

Selamatlah untuk kawan-kawan lama. Moga kamu semua akan terus terjaga. Dear Hamidans SPM210, Take care all of u. ;)

Jangan lupa doakan aku.



Padang Besar,
Perlis,
13 April 2014.

No comments:

Post a Comment