Pages

Tuesday, April 8, 2014

Breadcrumbs.

Assalam 'alaik.

Breadcrumbs. Kenapa "breadcrumbs"? Entah. Mungkin sebab aku terfikir untuk tulis post ni waktu buat breadcrumbs tadi. Sedap baunya. Rasa macam nak makan pun ada.

Aku flashback apa yang berlaku semalam. Banyak juga benda aku nak share. Pagi tu tak de apa sangat aku nak cerita. Mungkin kita boleh mula dari tengahari. Ya, tengahari.

Bas aku pukul 1.15 pm. Pukul 12.45 pm aku dah terpacak di stesen bas dengan adik junior ku. Kebetulan, satu bas. Dia ke KL aku ke Kajang. Lama juga menunggu. Lastly pada jam 1.25 pm gitu akak bas tu kata bas delay. Dalam 1/2 jam gitu. Aku cakap aku nak pergi solat Zuhur. Dia kata "okey" . Siap solat dalam 15 minit gitu, aku pergi ke stesen. Bila junior aku tu tanya akak bas tu, bas lama lagi ke? Dia terkejut dan kata "Bas baru je jalan dik." Menyirap darah aku. Tapi takpe. Relaks. Cari teksi. Pergi Jitra. Suruh bas tunggu sana. Mudah kan? Tapi duit kami melayang rm45. Gila. Boleh buat makan 4 hari kot.

Sampai Jitra, kami naik bas. Aku yang mengantuk akibat semalam tidur 3 jam je, duduk di kerusi dan terus lena.

Beberapa jam lepas tu aku terjaga. Lapar. Aku buka beg galas aku dan keluarkan kacang. Lapar tapi makan kacang. Boleh tahan pemalas aku ni. Nak turun beli makanan pun malas. Heh. Malas bab makan takpe. Jangan malas bab ibadah.

Tengah aku menguyah, aku terpandang sorang perempuan ni. Seat dia sebelah lelaki foreigner. Dia duduk depan sikit dari aku. Tiba-tiba dia bangun nak tukar seat. Kebetulan seat belakang tu kosong dua-dua. Tak selesa mungkin. Aku teringat ada sorang ni pernah tanya aku, boleh tak lelaki dan perempuan duduk sebelah-sebelah dalam bas? Aku cakap kalau macam bas Unimap tu tak boleh la sebab rapat. Kalau macam bas ekspress yang double seat tapi jarak gila tu boleh tahan lagi.(Sebenarnya takde la jarak gila. Just that ada border yang boleh memisahkan).

Tiba-tiba aku terfikir balik ayat aku. Ahh. Salah ayat pula. Sepatutnya double seat yang jarak tu pun kena elak. Mungkin orang kefahaman macam aku boleh faham yang sebaiknya elak. Tapi jawapan aku tu patutnya tegas dan jelas lagi. Takut dia salah faham.

Prevention is better than cure.

Berjaga-jaga. Itu lebih baik.

Sebenarnya banyak persoalan yang dilontarkan kepada aku tetapi si dia yang bertanya tu macam tak jelas dengan jawapan aku. Lebih-lebih lagi budak-budak yang baru nak belajar bab hukum. Mungkin aku kena banyak tela'ah dalil lagi ni. Baru mereka akan jelas. Tiada penerangan yang lebih jelas melainkan dari Al-quran dan hadis. Dan kita sebagai Muslim wajib taat kepada dua sumber tu. Tiada kompromi.

"sami'na wa 'ato'na"
Kami dengar dan kami patuh.



Beranang,
8 April 2014.

No comments:

Post a Comment